Saturday, August 14, 2010
kriket adalah sukan yang berasal dari negara inggeris.. permainan yang seakan-akan soffbal ini turut menggunakan kayu pemukul dan bola untuk bermain.kriket banyak dimainkan di negara-negara inggeris dan di india atau sri lanka kriket merupakan permainan no satu yang di gemari masyarakat.
kriket yang dimainkan antara dua pasukan yang mana setiap pasukan terdiri daripada sebelas orang pemain dan mempunyai tiga orang pemain simpanan.
kriket merupakan permainan yang menggunakan kayu pemukul ( bat ) dan bola yang bewarna merah atau putih.permainan kriket boleh bermain selama lima hari dan mengambil masa 6 jam atau lebih pada setiap hari.
kriket terbahagi kepada tiga ketegori,iaitu memukul,membaling dan memadang.
setiap ketegori ini mempunyai peranan masing-masing.
pemukul yang dipanggil batsman,perlu cuba untuk memukul bola bagi mencari larian sebagai mata permainan tanpa mati di tangan lawan.
pembaling yang dipanggil sebagai bowler perlu membaling bola kepada pemukul pihak lawan.setiap balingan haruslah tepat dan pembaling harus mencuba balingan yang tidak dapat dipukul oleh pemukul pihak lawan selain tidak memberi larian kepada pemukul dan mematikan pemukul.
pemain yang tidak membaling akan melakukan tugas dengan memadang,tugas sebagai pemadang ataupun fielder ini harus menangkap bola yang dipukul oleh pemukul dan cuba mematikan pemukul.
setiap pemain kriket harus mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi untuk berjaya dan dapat bermain dengan baik...dan setiap pemain harus memberi kerjasama dan bersatupadu bagi membolehkan sesuatu pasukan itu menang dan menjadi pasukan yang hebat.
Wednesday, August 11, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)